Carian
Meta Ingin Membangunkan Pembantu Maya Yang Lebih Baik Berbanding Siri Atau Google Assistant
February 24, 2022 Aman

Meta hari ini berkongsi beberapa projek berkaitan kecerdasan buatan. Selain penterjemah universal, Meta juga berkongsi berkenaan pembangunan pembantu maya digital yang lebih baik berbanding apa ditawarkan di pasaran hari ini.

Dinamakan Project CAIRaoke, Meta ingin membolehkan pembantu maya yang lebih pintar, dan boleh melihat dari perspektif kita sendiri. Meta ingin membolehkan kecerdasan buatan berbentuk interaksi dibangunkan – dan bukan sekadar pemahaman sahaja.

Pada hari ini, pelbagai pembantu maya digital berfungsi dengan memahami permintaan, dan memberikan balasan. Melalui Project CAIRaoke, Meta ingin membolehkan ia berinteraksi dengan kita. Dengan langkah ini, ia akan memberikan balasan atau bantuan yang lebih baik – dan tidak memerlukan input yang banyak untuk memahami apa kita perlukan.

Langkah ini juga akan membolehkan pembantu maya untuk memahami konteks perbualan kita, dan berbincang lanjut.

Sebagai contoh, pada hari ini pembantu maya hanya memahami persoalan seperti “bagaimanakah cuaca hari ini” sahaja, dan tidak boleh memberikan balasan untuk soalan lain. Melalui projek ini, Meta ingin membolehkan pembantu maya turut membalas walaupun soalan seperti “panas hari ini”, dan ia boleh memberikan interaksi atau balasan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan telah mula diintegrasikan pada sistem Portal yang ditawarkan oleh Facebook. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan penawaran Meta – dan bagaimanakah Siri dan Google Assistant akan berevolusi.

Komen