Apex Legends Mobile Boleh Dimuat Turun Di Malaysia Minggu Depan

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Permua Apex Legends Mobile akan secara rasminya boleh dimuat turun pengguna di Malaysia bermula minggu depan. Sebelum ini permua hanya boleh dimuat turun pengguna Android sahaja di negara kita dengan EA juga mengehadkannya ke beberapa negara tertentu sahaja.

Menerusi pengumuman semalam, Apex Legends boleh dimuat turun pengguna di Australia, New Zealand, Singapure, Malaysia, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina, dan Colombia. Platform yang disokong ialah Android dan iOS. Pemain versi mudah alih hanya akan bermain sesama sendiri kerana tiada sokongan rentas platform.

Permua juga telah dioptimasikan pada telefon pintar keluaran Vivo, Oppo, Huawei, Motorola, Samsung, Lenovo dan Xiaomi. Pada platform Android peranti perlu sekurang-kurangnya menggunakan Android 8.1, 3GB RAM dan storan 3GB. Pada iOS pula peranti perlu menggunakan iPhone 6S, 2GB RAM dan storan 3GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami