Rekaan Realme V25 Kini Dikongsikan – Pelancaran Rasmi Pada 3 Mac 2022

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Rangkaian peranti Realme di bawah siri V bakal dikemaskini dengan model baharu lagi. Melaluinya, Realme V25 bakal diumumkan dan tarikh pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 3 Mac hadapan. Perkara ini dikongsi sendiri oleh pihak Realme menerusi perkongsian poster pelancaran di Weibo.

Melaluinya, rekaan peranti telah diperlihatkan sepenuhnya. Ia dilihat mempunyai elemen binaan seumpama sebuah Realme 9 Pro+ dalam warna Sunrise Blue. Bahan yang digunakan pula seakan berasaskan plastik dengan kemasan berwarna cerun. Dalam pada itu, imej turut sama menunjukkan peranti hadir dengan sistem tri-kamera yang diletakkan dalam modul kamera berbentuk segi empat.

Kamera utama adalah sebesar 64P, sementara itu konfigurasi untuk dua lagi sensor lain masih tidak didedahkan buat masa ini. Tidak terhenti di situ, peranti ini juga dijangka hadir dalam kemasan edisi terhad bertemakan “The Forbidden City”.

Setakat yang diketahui, Realme V25 akan didatangkan dengan skrin 6.58-inci IPS LCD dengan kebolehan kadar segar semula yang tinggi. Ia kemudiannya dipadankan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Maklumat mengenai cip pemproses masih belum dapat dipastikan, tetapi spekulasi awal menyasarkan ia akan dilengkapi cip di bawah siri Snapdragon 600.

komen


© Amanz / 2022 Kami