Realme Narzo 50 Kini Rasmi – Sokong MediaTek Helio G96, Skrin 120Hz, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Narzo 50 akhirnya dilancarkan secara rasminya sebentar tadi. Ia menjadi penawaran baharu untuk siri Realme Narzo, sekaligus menjadi pilihan tambahan buat para pengguna. Dari aspek rekaan, ia menunjukkan peranti mempunyai kemasan seumpama sebuah Realme 8 Pro sebelum ini. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Speed Blue dan Speed Black.

Untuk spesifikasi khusus, Realme Narzo 50 dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan janaan cip MediaTek Helio G96, memori mencapai 6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Turut melengkapi peranti, sistem tri-kamera dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, menjalankan Realme UI 2.0 berasaskan Android 11, bluetooth 5.1 dan sebagainya. Untuk harga, Realme Narzo 50 dijual pada INR 12,999 (~RM726)(4GB/64GB) dan INR15,499 (~RM866) (6GB/128GB).

Sumber : Realme India

komen


© Amanz / 2022 Kami