Cari @ Amanz

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan mereka melanjutkan lagi tempoh vaksinasi dos penggalak untuk penerima Sinovac berusia lebih 18 tahun, dan juga untuk warga berusia lebih 60 tahun (tanpa kira jenis vaksin) – sehingga ke 31 Mac 2022.

Sekiranya dos penggalak tidak diterima menjelang 31 Mac 2022 kelak, kerajaan umumkan akan menarik kembali status vaksinasi penuh pada 1 April 2022.

Sebelum ini, tarikh berkenaan ditetapkan pada penghujung bulan ini, tetapi ia kini dilanjutkan sebulan lagi.

Bagi yang belum menerima dos penggalak, anda boleh ke mana-mana pusat PPV terdekat, dan menerima suntikan dos penggalak secara percuma.

Sekiranya selepas 1 April 2022, tiada dos pengalak yang diterima, status mereka yang terlibat akan diubah kepada tidak menerima vaksinasi penuh pada MySejahtera, sekaligus akan menyukarkan pergerakkan ke pelbagai lokasi dan untuk urusan harian.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd