Cari @ Amanz

Google kini hadir dengan kejutan istimewa untuk carian kata kunci “Bruce Wayne” – bersempena dengan tayangan filem Batman di pawagam.

Pada halaman keputusan carian “Bruce Wayne”, sebuah ikon “pancaran cahaya lampu Batman” dipaparkan, dan apabila ditekan, ia memainkan sebuah animasi ringkas pada halaman carian berkenaan.

Batman merupakan watak adiwira fiksyen dibawah DC Comic, dan beberapa filem Batman telah diterbitkan sehingga kini. Agak menarik untuk melihat sebuah kejutan istimewa turut disediakan untuk menyambut peminat adiwira berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd