Oppo Pad Dilancarkan Dengan Skrin 11″, Snapdragon 870 Dan Oppo Pencil

Diterbitkan pada Feb 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo akhirnya melancarkan tablet pertama mereka iaitu Oppo Pad di China. Tablet ini dilengkapi skrin 11″ IPS LCD QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 870, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 8,360mAh dengan pengecasan 33W.

Kamera utama sebesar 13MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Tedapat sokongan stylus Oppo Pencil yang mempunyai pengesanan 4096 tahap tekanan yang boleh disimpan pada sisi tablet menggunakan magnet. Tablet masih nipis dengan ketebalan hanya 6.99mm dan seberat 500 gram. Dari segi audio pula ia menggunakan kuad speaker dengan Dolby Atmos.

Pada panel belakang terdapat rekaan grafik dengan tulisan Oppo. Oppo menjual tablet ini dengan kerangka papan kekunci fizikal. Sementara itu harga jualan Oppo Pad ialah RMB 2299 (~RM1527) untuk 6/128GB dan meningkat ke RMB 2999 (~RM1993) untuk model 8/256GB.

komen


© Amanz / 2022 Kami