Cari @ Amanz

Motorola hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Motorola Edge Plus.

Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi tinggi, dan terhad untuk beberapa pasaran sahaja buat masa ini.

Motorola Edge Plus menggunnakan skrin 6.7-inci OLED dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB.

Melengkapkan ia adalah bateri 4800mAh dengan pengecasan 30W, serta sokongan pengecasan berbalik 5W.

Menariknya, pada bahagian kamera, Motorola Edge Plus turut hadir dengan kamera swafoto 60MP untuk penawaran panggilan video dan rakaman swafoto yang sangat jelas.

Disamping itu, ia turut menyertakan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, lensa ultra-lebar 50MP, dan lensa kedalaman 2MP.

Menjana peranti ini juga adalah sistem operasi Android 12. Motorola mengatakan akan menyokong dua tahun kemaskini sistem operasi, dan tiga tahun kemaskini sekuriti.

Satu lagi ciri tambahan yang turut dijual berasingan adalah sokongan stylus – membolehkan pengguna mencatat seperti S-Pen. Namun, tiada ruangan terbina, sebaliknya perlu menggunakan kerangka berasingan.

Buat masa ini, ia ditawarkan di Amerika pada harga sekitar RM4200.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd