Clubhouse Menambah Sokongan Chat Berasaskan Teks

Diterbitkan pada Feb 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Clubhouse merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan ciri bersembang dan berbual berasaskan audio. Ia popular sejak setahun yang lepas, namun semakin merudum akhir-akhir ini.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghentikan Clubhouse daripada menambah ciri-ciri baharu. Terkini, Clubhouse telah menambah sokongan untuk menghantar teks ketika sesuatu sesi sedang berlangsung.

Ini sekaligus akan memudahkan anda melakukan sesuatu permintaan, pertanyaan dan sebagainya ketika sesi – dan amat sesuai untuk anda yang segan untuk menyuarakan persoalan.

Clubhouse mengatakan pemilik sesuatu bilik sembang itu boleh mengawal sepenuhnya sama ada ingin mengaktifkan ciri chat atau sebaliknya.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda boleh mencubanya melalui kemaskini Clubhouse di Android dan iOS.

komen


© Amanz / 2022 Kami