Tumblr Perkenal Pelan Berbayar Untuk Elak Anda Lihat Iklan
February 25, 2022
Web 2.0
Aman
Tumblr kini hadir dengan sebuah penawaran baharu yang membolehkan anda melayari perkhidmatan berkenaan tanpa sebarang iklan. Dinamakan “Tumblr Ad-Free Browsing”, ia boleh dilanggan pada harga bermula $4.99 sebulan, atau $39.99 setahun.

Pelan ini ditujukan kepada pengguna tegar Tumblr, sekaligus membolehkan mereka melayari perkhidmatan berkenaan tanpa sebarang paparan iklan.
Untuk makluman, beberapa perkhidmatan sedia menyediakan fungsi untuk menyembunyikan paparan iklan – termasuk perkhidmatan berita dan akhbar atas-talian, selain YouTube sendiri melalui YouTube Premium.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.