Cari @ Amanz

Sensor Tower kini telah mengeluarkan data tahunan untuk 2021, memperlihatkan jumlah perbelanjaan oleh para pengguna melalui langganan pada kedai aplikasi Google Play dan juga App Store.

Menariknya mengenai data yang dikeluarkan, langganan pada 100 aplikasi teratas (bukan permainan), App Store menjana pendapatan sebanyak $13.5 bilion, sementara Google Play pula menjana sekitar $4.8 bilion.

Ini sekaligus memperlihatkan perbelanjaan pengguna untuk tujuan langganan pada App Store adalah hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Google Play Store.

Secara menyeluruh, YouTube Premium dilihat merupakan langganan paling popular, diikuti dengan Tinder – yang mana sama juga pada App Store. Namun, pada Google Play, langganan yang popular adalah pada aplikasi Google One dan juga Piccoma.

Seperti semua sedia maklum, pelbagai perkhidmatan kini mengintegrasikan ciri langganan pada aplikasi mereka. Sama-sama kita nantikan bagaimana langganan popular ini akan berubah menjelang penghujung tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd