Ini Adalah Karya Seni Pertama Yang Akan Diletakkan Di Bulan

Diterbitkan pada Feb 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan eksplorasi angkasa kini menjadi fokus ramai pihak di seluruh dunia. Terbaru, dibawah inisiatif NASA CLPS (NASA Commercial Lunar Payload Services), sebuah karya seni pertama akan diletakkan di Bulan pada tahun ini.

Karya seni ini dihasilkan oleh Sacha Jafri, dan telah dipersembahkan pada Expo 2020 Dubai yang diadakan minggu ini. Hasil seni ini akan diletakkan pada permukaan bulan pada tahun ini oleh Spacebit.

Ia akan menjadi antara misi komersil pertama ke bulan, dan ia juga akan menguji kebolehan misi menghantar barangan dari Bumi ke Bulan.

Dengan perkembangan ini, sekiranya berjaya, tidak mustahil kita melihat lebih banyak perkara dihantar ke bulan dalam tahun-tahun akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami