Cari @ Amanz

Siapa yang tidak inginkan penjimatan, bukan? Pembelian peranti seperti barangan daripada Apple atau komputer riba kebiasaannya jarang menawarkan harga diskaun yang tinggi. Di sinilah bergunanya aplikasi seperti ShopBack, dimana anda boleh membeli peranti dan menerima sejumlah wang kembali dalam bentuk pulangan tunai. Ia juga tidak terhad kepada barang fizikal sahaja, tetapi Shopback juga boleh digunakan untuk pembelian beberapa perisian.

Berapa banyak pulangan tunai yang anda boleh dapatkan? Ia bergantung kepada jenama dan kedai yang anda beli. Sebagai contoh, anda boleh dapatkan pulangan tunai sehingga 2% untuk pembelian melalui Apple, sehingga 6% untuk pembelian melalui DELL dan sehingga 4% melalui Lenovo.

Untuk pertama kalinya, Shopback hadir dengan kempen terbaru mereka iaitu Shopback Tech Fair. Kempen ini bertemakan Upgrade Your Tech ataupun Naik Tarafkan Teknologi Anda. Seperti kita tahu lama-kelamaan teknologi menjadi semakin canggih dan sesuatu peranti itu biasanya akan tidak lagi relevan dalam masa beberapa tahun sahaja. Jadi mengapa anda patut naik taraf sekarang?

RM20 Bonus Cashback – Untuk 500 Pengguna Pertama

Bagi anda yang tidak pernah membuat pembelian di Apple, DELL atau Lenovo melalui ShopBack, anda akan menerima pulangan tunai sehingga RM20 tambahan apabila menggunakan ShopBack. Cara menggunakannya juga mudah. Hanya perlu ke pautan kempen yang disediakan, tekan butang Join Now (pastikan anda telah log masuk atau daftar akaun baru) dan tekan butang Start. Anda akan terus menerima RM20 tersebut apabila pembelian anda telah disahkan dan diterima oleh pihak ShopBack.

Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM6,000 Daripada Apple, DELL dan Lenovo

Bagi setiap pembelian yang anda lakukan untuk peranti Apple, DELL atau Lenovo, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 3 hadiah di bawah ini:
Apple Watch Series 7 – Satu Pemenang
Lenovo Thinkpad E14 Gen 3 – Satu Pemenang
DELL Inspiron 15 3000 – Satu Pemenang

Pulangan Tunai Sehingga 100% Untuk Melindungi Peranti Anda

Serangan menggodam adalah satu ancaman yang kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga. Oleh sebab itu, antivirus seperti Norton & VPN seperti Surfshark adalah antara perisian yang anda patut gunakan pada peranti anda untuk mengurangkan keberangkalian dari terkena virus atau serangan siber. Anda boleh juga menerima pulangan tunai sehingga 100% jika anda mendapatkannya bermula 25hb-28hb Febuary 2022 ini.

Menarik bukan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai pulangan tunai tambahan dan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik ini. Bukan sekadar itu sahaja, banyak juga laman dan rakan niaga yang disokong oleh ShopBack seperti Lazada, Shopee, Nike, Adidas, Zalora, laman untuk perbandingan percutian, seperti Booking.com dan Agoda, perkhidmatan penghantaran makanan seperti Foodpanda serta banyak lagi. Muat turun aplikasi Shopback di Google Play atau Apple App Store hari ini dan mulakan perjalanan ke arah penjimatan sekarang!

Penafian: Advertorial daripada Shopback Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd