Setel hari ini telah memperkenalkan ciri baharu pada penawaran mereka, dinamakan sebagai Setel Express. Melaluinya, ia membolehkan pengguna membuat tempahan penghantaran barangan melalui aplikasi secara terbina.
Untuk makluman, sebelum ini Petronas mempunyai perkhidmatan penghantaran dinamakan Logistika, dan ia kini dijenamakan dibawah Setel Express. Pengenalan ciri ini juga sekaligus memperluaskan fungsi Setel yang terkenal sebagai aplikasi “pengisian minyak” sebelum ini.

Setel menggunakan kelebihan pelbagai lokasi rangkaian stesen Petronas dalam memastikan penghantaran dengan pantas dan pada harga kompetitif. Bagi perniagaan atau penghantaran, sekiranya mempunyai lebih 5 bungkusan, Setel Express akan mengambilnya daripada lokasi anda, sebaliknya sekiranya kurang 5 bungkusan, anda perlu menghantar ke salah satu hab stesen Petronas terpilih.
Setel mengatakan pengguna boleh melakukan penghantaran pada harga bermula RM5 untuk setiap bungkusan. Buat masa ini, Setel Express meliputi kawasan sekitar Lembah Klang, Johor dan juga Pulau Pinang.