Meta Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mengalih Bahasa Secara Masa Nyata

Diterbitkan pada Feb 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di metamesta, interaksi antara pengguna akan dilakukan secara bersua muka menerusi avatar yang dipilih. Tetapi dengan terdapat sekitar 6500 bahasa di dunia, adalah sukar untuk berinteraksi sekiranya tidak menggunakan bahas utama seperti Inggeris, Mandarin dan Sepanyol. Meta telah membangunkan sebuah kecerdasan buatan yang khusus untuk melakukan proses alih bahasa secara masa nyata.

Menurut meta sekitar 20% penduduk di bumi tidak menggunakan bahasa utama yang disokong oleh perisian alih bahasa komersial. Bahasa Melayu adalah tergolong di dalam kumpulan ini. Kerana tiadanya sokongan bahasa, mereka mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan pengguna global dan pandangan mereka tidak didengari.

Kecerdasan buatan yang boleh melakukan alih bahasa secara masa nyata dalam pelbagai bahasa akan merobohkan tembok halangan komunikasi yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Antara masalah sistem alih bahasa sekarang ialah ia melakukan alih bahasa menggunakan bahas pengantara. Ini mewujudkan kesilapan kosa kata, tatabahasa dan struktur yang aneh. Dengan usaha Meta AI, mungkin pengalih bahasa sarwajagat yang wujud dalam karya sains fiksyen bakal menjadi realiti.

Sumber Meta AI

komen


© Amanz / 2022 Kami