SKMM Menyasarkan Penutupan Rangkaian 3G Sepenuhnya Menjelang 31 Mac 2022

Diterbitkan pada Feb 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelan penutupan rangkaian 3G dimulakan sekitar dua tahun lalu untuk membolehkan spektrum frekuensi diguna-semula untuk tujuan menambahbaik rangkaian 4G dan juga rangkaian 5G yang merupakan masa hadapan industri telekomunikasi di negara ini.

Sewaktu pembentangan laporan tahunan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, mereka mengatakan bahawa sebanyak 203,374 ataupun 80 peratus daripada pencawang 3G di Malaysia sudahpun ditutup, dan hanya 50,486 pencawang ataupun 20 peratus daripadanya masih belum ditutup.

Penutupan lebihan pencawang 3G ini belum ditutup kerana keadaan hujan dan juga musim tengkujuh yang sedang berlaku di seluruh negara, khususnya sewaktu bencana banjir yang melanda Malaysia pada penghujung bulan Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, ia juga dilihat bahawa daripada 2,097,121 pelanggan 3G yang aktif sebelum ini, 1,656,269 daripada mereka sudahpun beralih daripada rangkaian tersebut, manakala 440,852 dilihat akan bertukar apabila rangkaian tersebut tutup nanti.

Syarikat-syarikat telekomunikasi juga dilihat menaiktarafkan pencawang 4G mereka untuk memastikan bahawa fungsi VoLTE (voice over LTE) boleh digunakan oleh sebanyak peranti yang mungkin dan juga

SKMM mengatakan bahawa mereka mahu cuba menyiapkan penutupan rangkaian ini menjelang 31 Mac 2022 ini kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami