Cari @ Amanz

Grab kini mengumumkan mereka akan menamatkan harga promosi pengenalan Grab Unlimited pada 1 Mac 2022, dan ia akan ditawarkan pada harga RM7.90 sebulan.

Bagi para pelanggan sedia ada, Grab mengatakan mereka akan menikmati harga promosi 99 sen pada bulan Mac 2022 ini.

Grab Unlimited merupakan pelan langganan yang disediakan oleh Grab, menawarkan sejumlah diskaun untuk pembelian – termasuk dari segi penghantaran, baucar dan sebgaainya.

Bagi anda yang aktif menggunakan Grab, mungkin boleh melanggan dan menikmati diskaun yang ditawarkan melalui aplikasi berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd