Cari @ Amanz

Siri Oppo Find X5 merupakan penawaran terkini Oppo untuk para pengguna. Selain daripada Oppo Find X5 dan Find X5 Pro, nampaknya terdapat sebuah model yang turut sama diumumkan iaitu Oppo Find X5 Lite. Ia bagaimanapun hanyalah sebuah Oppo Reno7 5G yang di jenama semula dalam tubuh yang berbeza.

Untuk spesikasi khusu, Oppo Find X5 dilengkapi skrin 6.43-inci AMOLED FHD dengan kadar segar semula 90Hz. Paparannya turut menyokong beberapa ciri tambahan seperti HDR 10+, dilapisi Corning Gorilla Glass 5 dan banyak lagi. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.2, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5, NFC dan banyak lagi. Sedikit mengecewakan ia masih menggunakan ColorOS 12 berasaskan Android 11. Oppo Find X5 Lite dijual pada harga €480 (~RM2,260) dengan beberapa pilihan warna seperti Starlight Black dan Startraild Blue.

Sumber : Oppo UK

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd