Honor Magic 4 bakal menjadi penawaran terkini dan Honor dalam persediaan untuk pengenalannya. Namun begitu, kini terdapat sebuah lagi model lain yang turut bakal diumumkan dalam masa terdekat ini. Ia dikenali dengan nama Honor X8 dan pengenalannya dikatakan terhad untuk beberapa pasaran sahaja.

Menurut sumber, peranti kelak hadir dengan rangkaian 4G sahaja. Tiada maklumat khusus mengenai cip pemproses yang disokong kelak, tetapi ia berasaskan binaan lapan teras dengan konfigurasi 4 X Cortex A78 (2.4GHz) dan 4 X Cortex-A53 (1.9GHz). Padanan memori adalah mencapai 6GB RAM, manakala storan dalaman sebesar 128GB. Sebagai tambahan, ia turut menyokong ruang tambahan menerusi slot kad microSD.
Turut melengkapinya adalah panel LCD sebesar 6.7-inci dengan resolusi HD+. Ia juga menyokng panel sejenis berlubang dengan kamera swafoto tunggal 16MP. Kamera utama pula adalah sebesar 64MP, kemudian diikuti dengan 5MP (sudut-lebar) + 2MP (makro). Bateri sebesar 4,000mAh turut disertakan dengan sokongan pengecasan berasaskan USB-C.


Lain-lain spesifikasi yang mungkin turut sama menyokong adalah pengimbas cap jari sisi, menjalankan Android 11 dan sebagainya. Buat masa ini, belum ada sebarang tarikh pelancaran rasmi peranti yang dikongsi. Sama-sama kita nantikan perkongsian selanjutnya dari masa ke semasa.
Sumber : Winfuture