Carian
Sejumlah Syarikat Dari Rusia Akan Diharamkan Dari Sertai MWC
February 26, 2022 Aman

GSMA, badan disebalik Mobile World Congress, kini mengatakan mereka akan mengharamkan sejumlah syarikat dan firma dari Rusia pada acara berkenaan tahun ini. Disamping itu, ruangan khusus untuk negara Rusia juga tidak akan diadakan di MWC 2022.

Hal ini diambil kerana sekatan yang dikenakan ke atas Rusia, disebabkan oleh apa yang sedang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

GSMA turut mengatakan acara MWC 2022 akan berlangsung seperti biasa, melibatkan sekitar 60,000 pengunjung, antara 28 Februari ke 3 Mac 2022 ini. Pelbagai peranti dan teknologi baharu menyasarkan pengguna dijangka akan diperlihatkan pada persidangan berkenaan.

Komen