Cari @ Amanz

Sehari selepas Oppo Find X5 Pro dengan Snapdragon 8 Gen 1 dilancarkan, Find X5 Pro Dimensity Edition pula dilancarkan di China. Dari segi spesifikasi, ia masih lagi peranti yang sama dengan beberapa perubahan yang boleh dikategorikan sebagai agak besar.

Pertama sekali ialah cip Dimensity 9000 yang menjadi enjin utama menggantikan Snapdragon 8 Gen 1. Model ini tidak dilengkapi dengan cip ISP MariSilicon X yang dibina sendiri oleh Oppo. Oleh itu pelbagai ciri eksklusif ISP seperti sokongan Hasselblad tidakdisertakan. Seperkara lagi yang agak aneh ialah sensor kamera utama tidak hadir dengan sistem penstabilan optikal 5 paksi seperti model Snapdragon.

Oleh sebab itu peranti dijual pada harga lebih mampu milik RMB 5799 (~RM 3855) untuk edisi 12/256GB berbanding RMB 6299 (~RM4187) untuk versi Snapdragon dengan 12/256GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd