Suara Mendiang Andy Warhol Dihasilkan Semula Dengan Kecerdasan Buatan Sebagai Narator Dokumentari Netflix

Diterbitkan pada Feb 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Andy Warhol adalah artis yang berpengaruh di kurun ke-20 kerana mempopularkan penggunaan multi media bagi menghasilkan karya seni. Netflix telah menghasilkan sebuah dokumentari berasaskan diari yang ditulis oleh beliau sebelum meninggal dunia pada tahun 1987. Bagi menjadikan dokumentari ini lebih menarik, suara Warhol telah dihasilkan semula menggunakan kecerdasan buatan bagi melakukan tugas narator.

Bagi mengelakkan kontroversi, suara beliau dihasilkan semula dengan izin Andy Warhol Foundation. Dokumentari The Andy Warhol DiariesĀ yang akan ditayangkan pada Mac ini akan cuba menceritakan kehidupan Warhol berasaskan biografi beliau. Penggunaan suara yang direka semula untuk insan yang telah meninggal dunia menjadi isu besar tahun lalu untuk dokumentari Anthony Bourdain.

Kemudian suara Mark Hamill yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan turut digunakan dalam siri The Book of Boba Fett tanpa penglibatan beliau yang masih hidup. Persoalan moral perlu dijawab kerana impak penghasilan semula suara adalah menakutkan jika digunakan untuk tujuan penipuan atau fitnah.

komen


© Amanz / 2022 Kami