Unisoc Memperlihatkan Peningkatan Mendadak – Kini Memegang 11% Pasaran Cip Telefon Pintar
Aman
Unisoc kini dilihat semakin popular digunakan oleh pengeluar telefon untuk menjana peranti masing-masing. Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh CounterPoint Research, Unisoc dilihat memegang sebanyak 11% pegangan pasaran telefon pintar pada suku ke-4 2021 yang lepas.

Ini sekaligus mendahului Samsung yang mempunyai pegangan sebanyak 4%, sementara HiSilicon dengan pegangan sebanyak 1%.
Menerajui pasaran adalah MediaTek dengan pegangan pasaran sebanyak 33%, dan diikuti Qualcomm sebanyak 30%.
Dengan tahun 2022 yang memperlihatkan ekonomi kembali pulih secara berperingkat, kita mungkin melihat persaingan lebih sengit, termasuk Unisoc sendiri yang dilihat semakin popular pada peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.