Muzium Masa Depan Mula Beroperasi Di Dubai – Memperlihatkan Idea Futuristik Untuk 50 Tahun Akan Datang

Diterbitkan pada Feb 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan muzium memaparkan perkara yang telah lepas dan juga bahan bersejarah. Namun, salah satu muzium kini telah mula beroperasi di Dubai dengan konsep untuk memperlihatkan idea-idea futuristik akan datang dalam tempoh sekitar 50 tahun lagi.

Konsep muzium ini telah diumumkan pada 2015 lepas, dan kini akhirnya ia telah siap dibina, dan dibuka kepada umum.

Melalui muzium futuristik ini, ia menawarkan rekaan yang agak berbeza berbanding dengan pelbagai rekaan bangunan lain, dan tidak menyertakan sebarang bucu di dalamnya. Ia juga menggunakan panel khusus sebanyak 1024 panel – selari dengan kiraan bait.

Di dalamnya, muzium ini mempertontonkan pengalaman ke angkasa, simpanan alam flora, pelbagai teknologi baharu dan sebagainya. Ruangan khusus untuk pembangunan idea turut disertakan bagi orang ramai menyertai dan membangunkan idea melaluinya.

Tiket masuk muzium ini boleh ditempah melalui laman rasmi Museum of the Future pada harga AED 145, iaitu sekitar RM165.

komen


© Amanz / 2022 Kami