Cari @ Amanz

Penjualan peranti Nokia keluaran HMD Global kini diharamkan di Jerman dan Switzerland kerana isu pelanggaran paten. HMD Global didakwa melanggar paten Enhanced Voice Services (EVS) yang digunakan untuk VoLTE yang dipegang oleh VoiceAgeEVS LLC. Dengan kes mahkamah masing berlangsung, peranti Nokia tidak boleh dijual di dua negara Eropah tersebut.

Isu lebih besar bagi HMD Global ialah peranti mereka mungkin akan turut diharamkan di seluruh Eropah dengan mereka kini tidak lagi menyenaraikan pelbagai peranti di Itali, Perancis, Sepanyol dan Finland. Peranti masih lagi dijual di UK kerana negara ini bukan lagi di bawah Kesatuan Eropah.

Sumber Android Authority

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd