Microsoft melancarkan Windows 11 Insider Preview Build 2256 kepada pembangun minggu ini dengan beberapa ciri baharu yang menarik sebelum diberikan kepada binaan akhir. Satu ciri yang sudah lama diperlukan ialah sokongan antaramuka lebih besar apabila Windows 11 digunakan pada tablet. Ikon aplikasi dan talam menu dibesarkan supaya lebih mudah dilihat sebelum kemudiannya disentuh pengguna.

Seterusnya sokongan bluetooth yang lebih baik boleh dilalukan terus dari Quick Settings. Proses menambat aksesori bluetooth lebih mudah dengan paparan tahap bateri yang lebih ketara berbanding sekarang.

Kandungan widget juga lebih dinamik pada binaan 2256. Pengguna turut boleh menyematkan widget kegemaran ke atas supaya boleh dipaparkan secara lebih menonjol. Akhir sekali 37 emoji baharu yang diperkenalkan Unicode 14 akan dapat diakses seperti bola disko, emoji cair dan gelongsor.

Sumber Windows Blog