Cari @ Amanz

Komputer macOS paling kompak yang dipasarkan oleh Apple ialah Mac Mini dengan ia baru sahaja dikemaskini tahun lalu. Pengguna Mac Mini masih perlu menyambungkan nya kepada papan kekunci, tetikus dan monitor untuk berfungsi. Di masa hadapan Apple mungkin melancarkan papan kekunci yang turut mempunyai macOS yang boleh dipasang terus kepada sebuah monitor.

Paten telah difailkan ke USPTO pada tahun 2020 tetapi hanya baru diterbitkan baru-baru ini. Dokumen paten turut menunjukkan papan kekunci mempunyai pad sesentuh yang membolehkan ia menjadi peranti semua dalam satu yang mudah untuk dibawa kemana-mana. Walaupun paten telah difailkan, ini tidak bermakna peranti akan dipasarkan dalam masa terdekat.

Sumber Patently Apple

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd