Apple Memegang 44% Pendapatan Telefon Pintar Pada Tahun 2021 Yang Mencecah RM 1.18 Trilion

Diterbitkan pada Feb 26, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Counterpoint menerbitkan laporan pendapatan telefon pintar pintar dunia sepanjang 2021 dan ia mencecah $448 bilion (~RM 1.18 trilion). Ini bersamaan dengan peningkatan 7% berbanding 2020. Satu lagi statistik menarik ialah Apple di tangga teratas dengan pendapatan $196 billion bersamaan dengan 44% pasaran.

Samsung di tangga kedua dengan 16%, diikuti oleh Oppo (8.3%), Xiaomi (8.0%), dan Vivo (7.6%). Walaupun berada di belakang Samsung dalam jumlah jualan telefon pintar tahun lalu, Apple jauh di hadapan Samsung dari aspek keuntungan. Secara purata telefon pintar Apple dijual pada harga $825 (~RM3465) sebuah dengan harga purata telefon pintar Samsung pula ialah $263 (~RM113) sebuah.

Kesemua lima pengeluar telefon pintar terbesar dunia mencatatkan peningkatan pendapatan dengan Xiaomi teratas dengan 49% diikuti oleh Oppo (47%) dan Vivo (43%). Dengan harga peranti semakin meningkat, mungkin ada yang menyangka jualan akan berkurangan. Tetapi data Counterpoint untuk 2021 mengesahkan strategi menjual peranti pada harga lebih premium membuahkan hasil.

komen


© Amanz / 2022 Kami