SKMM : Celcom Menerima Jumlah Aduan Telekomunikasi Yang Paling Tinggi Sepanjang 2021, Diikuti Maxis, Digi, Dan U Mobile

Diterbitkan pada Feb 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

SKMM baru-baru ini telah berkongsi perkembangan arena telekomunikasi sepanjang tahun 2021 lepas, termasuk menyentuh berkaitan jumlah aduan yang diterima oleh setiap syarikat telekomunikasi.

Melalui data yang dikongsikan, Celcom dilihat menerima jumlah aduan yang tertinggi sepanjang 2021 lepas, diikuti dengan Maxis, Digi, dan juga U Mobile.

Pada masa yang sama, trend aduan juga dilihat meningkat apabila PKP dilaksanakan pada tahun lepas, dengan peningkatan mendadak berlaku pada bulan Jun 2021.

Antara aduan yang turut mencatatkan rekod tinggi sepanjang tahun 2021 adalah termasuk berkaitan kawasan liputan 4G yang lemah, disamping ketiadaan sambungan 4G.

Untuk makluman, jumlah aduan ini adalah berdasarkan kepada data yang dihimpunkan melalui SKMM. Pihak SKMM turut menekankan yang mana ia adalah peratusan kecil, dan angka sebenar melalui sesuatu syarikat telekomunikasi itu mungkin lebih tinggi.

komen


© Amanz / 2022 Kami