(Ura-Ura) Apple iPhone SE 2022 Mungkin Berharga Lebih Rendah Berbanding Sebelum Ini

Diterbitkan pada Feb 27, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada bulan Mac ini dijangka bakal memperkenalkan iPhone SE generasi baharu yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Selari dengannya, kini hadir laporan baharu menyasarkan Apple mungkin menawarkan iPhone SE 2022 pada harga lebih rendah.

Untuk makluman, iPhone SE sebelum ini ditawarkan pada harga bermula RM1999. Ia membolehkan orang ramai menggunakan iPhone tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi – sekaligus turut mencuri perhatian ramai pengguna Android untuk beralih ke iPhone.

iPhone SE 2022 tahun ini dijangka mengekalkan rekaan lebih kurang sama, tetapi hadir dengan sokongan rangkaian 5G, selain cip pemprosesan yang dikemaskini.

Apple iPhone SE

Sekiranya ia hadir dengan harga jualan yang kompetitif, tidak mustahil kita melihat lebih ramai pengguna Android menaik-taraf dan berpindah ke iPhone – terutamanya dengan ramai yang kini menaik-taraf peranti disebabkan oleh pengenalan rangkaian 5G.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan perkembangan baharu ini, dan sama-sama berharap agar harga lebih rendah berbanding sebelumnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami