Cari @ Amanz

Huawei hari ini memulakan acara Mobile World Congress mereka dengan memperkenalkan sebuah pembaca ebuku tersendiri, dinamakan MatePad Paper.

MatePad Paper hadir dengan skrin e-ink sebesar 10.3-inci, dan turut menyertakan sokongan Huawei M-Pencil untuk memudahkan catitan. Dengan pengenalan ini juga, Huawei dilihat menyasarkan pasaran yang didominasi oleh Amazon melalui penawaran Kindle mereka.

Apa pun, seperti biasa, penawaran ebuku dan kandungan digital akan menjadi penentu untuk kejayaan peranti ini kelak. Namun, dengan dunia beralih ke arena digital – termasuk pembelajaran dan pendidikan, tablet ini mungkin menjadi salah satu penawaran menarik di pasaran.

Tablet ini juga dilengkapi dengan sistem operasi Harmony OS yang dibangunkan oleh Huawei, selain pengecas berasaskan USB-C.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd