Carian
Huawei Memperkenalkan Sejumlah Produk Dengan Menyasarkan Penggunaan Di Pejabat
February 27, 2022 Aman

Huawei sedia menghadapi cabaran besar sejak disenarai-hitamkan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan sejumlah produk mereka terjejas dari segi jualan. Pegangan pasaran telefon pintar Huawei turut hilang begitu sahaja selepas menghadapi kesukaran mendapatkan cip pemprosesan, selain penyertaan perkhidmatan Google.

Namun, ini tidak mematahkan semangat Huawei, dan mereka terus mengekplorasi pasaran baharu. Pada acara MWC 2022 yang berlangsung bermula hari ini, Huawei memperkenalkan sejumlah produk dengan sasaran pengguna pejabat dan juga profesional.

Beberapa daripadanya sedia ditawarkan untuk pasaran China, tetapi melalui acara MWC 2022, Huawei memperlihatkan ia akan turut ditawarkan di peringkat global tidak lama lagi.

Antara produk yang diperkenalkan adalah sebuah komputer riba berkuasa tinggi, iaitu Huawei MateBook X Pro 2022, selain juga komputer dua dalam satu dinamakan Huawei MateBook E.

https://www.youtube.com/watch?v=PK-pYI679Zc

Huawei MateBook E boleh ditanggalkan enjadi tablet, selain input berasaskan kepada stylus. Huawei turut menyatakan ia merupakan “komputer” pertama mereka dengan sokongan skrin OLED.

Melengkapkan penawaran adalah komputer riba semua-dalam-satu, dinamakan Huawei MateStation X.

https://www.youtube.com/watch?v=TVfhdRTaHVQ

Disamping itu, dengan fokus terhadap pejabat, Huawei turut memperkenalkan pencetak lazer mereka untuk pasaran global, iaitu Huawei PixLab X1. Pencetak ini turut hadir dengan sokongan tap-untuk-cetak, sekaligus memudahkan lagi proses operasi di pejabat.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah produk ini akan memasuki pasaran tempatan. Adakah dengan fokus terbaru ini, jenama Huawei akan kembali gah seperti beberapa tahun sebelum ini?

https://www.youtube.com/watch?v=Nd3kG-2vkBA
Komen