Samsung Galaxy Book2 Pro Kini Rasmi – Hadir Dengan Sokongan 5G, Windows 11

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini memperkenalkan beberapa penawaran komputer riba baharu mereka, dibawah siri Galaxy Book2. Yang mencuri perhatian ramai, semestinya Galaxy Book2 Pro yang hadir dengan spesifikasi tinggi, termasuk sokongan rangkaian 5G secara terbina padanya.

Samsung Galaxy Book2 Pro hadir dalam dua variasi, bersaiz skrin 13.3-inci dan juga 15.6-inci. Hanya versi 15.6-inci sahaja hadir dengan sokongan 5G melalui slot nano-SIM.

Komputer riba ini hadir dengan cip Intle Core i5 dan i5 generasi ke-12 (Intel Evo), dilengkapi skrin AMOLED FHD, memori LPDDR5, dan storan sehingga 1TB NVMe SSD. Ia turut menyertakan sokongan WiFi 6E, dan dilengkapi pengecas 65W berasaskan USB-C.

Samsung turut menyertakan sokongan pengesahan berasaskan pengimbas cap jari pada butang kuasa komputer riba ini.

Menjana komputer riba ini adalah Windows 11, dan menyertakan ciri seperti Link To Windows untuk menghubungkan telefon pintar, selain Quick Share bagi memudahkan pemindahan fail bersaiz besar. Ia turut dilengkapi ciri SmartThings Find untuk memudahkan anda menemui komputer riba sekiranya tersilap letak dimana-mana.

Seperti pada telefon pintar, komputer riba ini turut hadir dengan bahan kitar semula dari jala ikan yang digunakan semula pada bahagian touchpad, dan juga bingkai dalaman Galaxy Book2 Pro.

Samsung mengatakan komputer riba ini akan ditawarkan di beberapa buah negara bermula April kelak. Memandangkan Samsung jarang memasarkan komputer riba mereka untuk pasaran Malaysia, maka mungkin sukar untuk kita melihatnya di sini dalam masa terdekat ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami