Honor Watch GS 3 Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri Mencapai 14 Hari

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti-boleh-pakai Honor yang terkini telah diperkenalkan secara rasmi, sebentar tadi. Dikenali sebagai Honor Watch GS 3, jam tangan pintar ini hadir dengan pilihan bahan binaan yang baik dan kemasan tampak eksklusif serta cukup mewah. Honor Watch GS 3 mempunyai rekaan jam tangan bermuka bulat bersama dua butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam.

Dari segi binaan, bezel jam tangan pintar ini diperbuat daripada tubuh berasaskan kaca 3D yang bebas daripada masalah kotoran cap jari. Ia juga mempunyai ebesar 1.43-inci AMOLED dengan resolusi 465×465 pixel dan kepadanan piksel 326 ppi. Di samping itu, keseluruhan tubuh turut sama melepasi piawaian kalis air sehingga 5 ATM.

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – pengesanan kadar degupan jantung sepanjang hari, tekanan udara, memantau pola tidur dan lain-lain. Sebagai tambahan, jam tangan ini juga dilengkapi sehingga 100 mod sukan berbeza untuk kemudahan pengguna.

Bateri 451 mAh boleh memberikan tempoh penggunaan sehingga 14 hari atau 30 jam jika GPS diaktifkan sepanjang masa. Kemudian, lain-lain spesifikasi yang menyokong adalah seperti kebolehan menjawab panggilan, proses tambatan pantas menerusi bluetooth 5.0, terdapatnya storan dalaman sebesar 4GB dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami