Pesawat Kargo Terbesar Dunia Dilaporkan Musnah Dalam Serangan Rusia Di Ukraine

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antonov An-225 Mriya ialah pesawat kargo komersial terbesar dunia dengan ia dilengkapi enam enjin. Dibangunkan untuk membawa kapal angkasa Buran untuk program angkasa lepas Kesatuan Soviet di dekad 80an, Mriya (Mimpi dalam Bahasa Malaysia) telah menjadi pesawat kargo pilihan untuk membawa beban yang berat seperti kereta api dan turbin janakuasa hidro.

Beberapa hari yang lalu lapangan terbang Atonov di Kiev telah ditawan oleh askar Soviet yang menyerang Ukraine. Laporan awal mengatakan An-225 selamat tetapi hari ini akaun media sosial Ukraine mengatakan pesawat telah dimusnahkan oleh serangan Rusia. Akaun rasmi Antonov pula lebih optimistik dengan mengatakan kerosakan masih dinilai sebelum mengatakan pesawat musnah sepenuhnya.

Sementara itu syarikat pertahanan negara Ukraine, Ukroboronprom mengeluarkan kenyataan pesawat akan dibina semula dengan kos akan ditanggung oleh Rusia. Kos membina semula dijangka mencecah $3 bilion.

Di peringkat awal, dua An-225 ingin dibina dengan pesawat kedua tidak disiapkan kerana program Buran dibatalkan. Kerangka pesawat masih wujud dan diletakkan di perkarangan kilang sejak penghujung 80an. Jika Mriya akan terbang semula, kerangka ini mungkin akan digunakan sebagai pesawat binaan semula.

komen


© Amanz / 2022 Kami