Carian
Rusia Mendesak Google Supaya Menarik Semula Sekatan Ke Atas Akaun Media Tempatan
February 28, 2022 Effi Saharudin

Sejurus selepas Rusia melakukan serangan ke atas Ukraine, pelbagai sekatan ekonomi dikenakan oleh negara-negara sekutu NATO. Google segera menghalang sebarang bentuk pengiklanan dipaparkan pada akaun YouTube milik media Rusia seperti Russia Today, RBC, TV Zvezda and Sputnik

Kini kerajaan Rusia mendedak Google untuk menarik semula kesemua sekatan yang dikenakan dengan segera. Selain halangan pengiklanan, aplikasi RT tidak boleh diakses menerusi Play Store di Ukraine. Facebook turut mengambil langkah menghalang pengiklanan ke atas syarikat media Rusia. Tindakan mereka ini oleh Rusia yang melihatnya sebagai penapisan media tempatan.

Sumber Reuters

Komen