Redmi Gaming Monitor 23.8″ Dilancarkan – Menyokong 240Hz Pada Harga Kurang RM1100

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas Redmi menjadi sub-jenama Xiaomi, jenama ini bukan lagi fokus kepada telefon pintar. Malah turut mengikut Xiaomi dengan melancarkan pelbagai produk tersendiri seperti barangan elektrik, produk gaming, barangan rumah pintar dan banyak lagi.

Redmi terkini meneruskan lagi produk paparan mereka, selepas mula memperkenalkan monitor pertama sekitar dua tahun lalu. Kali ini mereka telah melancarkan Redmi Gaming Monitor 23.8″.

Monitor ini menggunakan panel Fast IPS yang menyokong kadar segar semula 240Hz, menyokong paparan dengan warna 100% sRGB, DC Dimming, serta perlindungan daripada cahaya biru. Untuk memenuhi permintaan pemain permainan video, monitor ini turut menyokong AMD FreeSync Premium.

Redmi menggunakan rekaan bezel nipis, monitor boleh diubah posisi sama ada menegak atau melintang serta menyertakan pelbagai port sambungan 2x HDMI 2.1, 1x DisplayPort 1.2, dan juga 1x port bicu audio 3.5mm.

Monitor ini dijual di China secara eksklusif bermula 4 Mac dengan tanda harga RMB 1,599 iaitu sekitar RM1,065.

komen


© Amanz / 2022 Kami