Universiti Oxford Menghasilkan Salasilah Keluarga Terbesar Dengan 27 Juta Individu

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara misteri yang ingin dijawab ahli saintis ialah di mana spesis manusia mula muncul dan pola pemindahan mereka sehingga berjaya menawan keseluruhan permukaan bumi. Terdapat pelbagai teori saintifik dan teologi mengenai asal usul manusia yang boleh memulakan perdebatan yang hangat. Antara cara menjejak asal usul manusia ialah dengan melihat salasilah keluarga.

Universiti Oxford telah menghasilkan salasilah keluarga terbesar di dunia dengan ia mengandungi 27 juta individu.Kajian telah dilakukan oleh Big Data Institute University of Oxford. Data dari lapan kajian terdahulu dikumpul dengan ia mengandungi 3609 urutan genom dan 215 populasi. Selepas diproses oleh kecerdasan buatan, salasilah keluarga yang mengandungi 27 juta individu dihasilkan

Berdasarkan salasilah ini, penyelidik boleh mencari asal nenek moyang manusia dan di mana mereka tinggal bagi melihat penyebaran spesis manusia selama puluhan ribu tahun. Data yang diproses mengukuhkan teori bahawa manusia muncul dari benua Afrika. Walaupun algoritma yang digunakan adalah untuk manusia, ia turut boleh digunakan untuk mengesan asal usul flora dan fauna yang lain. Kertas kajian telah diterbitkan dalam jurnal Science.

komen


© Amanz / 2022 Kami