Carian
TCL Melancarkan Lima Peranti Berdasarkan Model TCL 30 – Dilengkapi Kamera Dengan Sensor 50MP
February 28, 2022 Nazrin

Siri peranti TCL 30 kini menerima kemaskini lima model baharu bersempena dengan acara Mobile World Congress yang baru sahaja bermula. Model-model ini termasuklah TCL 30 5G, TCL 30, TCL 30+, TCL 30 SE dan juga TCL 30 E.

Bermula dengan TCL 30 5G, ini merupakan peranti 5G TCL yang pertama, dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi FHD+ dengan kadar segar semula 60Hz, dikuasakan oleh CPU MediaTek Dimensity 700, memori 4GB dan juga storan dalaman sebanyak 64GB yang boleh dilanjutkan menggunakan kad MicroSD.

TCL 30 5G

TCL 30 dan TCL 30+ hadir dengan paparan skrin dan konfigurasi memori dan storan yang sama, tetapi dikuasakan oleh CPU MediaTek Helio G37. TCL 30 5G dan TCL 30+ juga mempunyai kamera pandang hadapan ultra-lebar, tetapi kamera pada TCL 30 dilihat menggunakan kamera biasa sahaja.

TCL 30 SE dan TCL 30 E pula dilihat sebagai peranti kelas permulaan dalam siri ini, hadir dengan paparan skrin 6.52 inci dengan konfigurasi memori dan storan yang sama, tetapi dikuasakan oleh CPU MediaTek G25.

TCL 30 5G, TCL 30+ dan TCL 30 semua juga hadir dengan bateri bersaiz 5010mAH dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan hadir dengan sistem tri-kamera dengan sensor 50MP.

TCL 30 E

TCL 30 SE dan TCL 30 E pula hadir dengan bateri 5000mAH tanpa pengecasan pantas, dan dimana TCL 30 SE hadir dengan sistem tri-kamera, TCL 30 E hadir dengan sistem dwi-kamera sahaja, tetapi kamera utama untuk kedua-dua peranti ini masih lagi menggunakan sensor 50MP yang sama.

Buat masa ini, kesemua peranti-peranti ini akan dilancarkan di Eropah terlebih dahulu tidak lama lagi. TCL 30 5G akan ditawarkan pada harga €249, TCL 30+ pada harga €199, TCL 30 pada harga €179, TCL 30 SE pada harga €149 dan TCL 30 E pada harga €139.

Komen