TCL Tab 10S 5G Ialah Tablet Android 12 Dengan Sokongan 5G

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan pelancaran sistem operasi Android 12, ia dapat dilihat bahawa jenama-jenama pembuat peranti semakin aktif kembali membuat peranti tablet untuk kegunaan produktiviti, pembelajaran dan riadah di rumah.

Terkini, selain daripada siri peranti TCL 30, syarikat tersebut turut memperkenalkan tablet terbaru mereka yang dinamakan TCL Tab 10S 5G yang dilengkapi paparan IPS bersaiz 10.1 inci dengan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh CPU MediaTek Dimensity 1100, memori 4GB dan juga storan 64GB yang boleh dilanjutkan sehingga 256GB menggunakan storan MicroSD.

TCL

Kelebihan tablet ini ialah oleh kerana ia menggunakan SoC MediaTek Dimensity 1100, ia juga hadir dengan sokongan untuk rangkaian 5G. Malah, tablet ini hadir dengan dua slot SIM yang mana kedua-duanya menyokong rangkaian berkelajuan tinggi tersebut dan boleh digunakan secara serentak.

Satu lagi keunikan tablet ini ialah ia boleh dilihat sebagai salah satu daripada sejumlah kecil pengeluar tablet Android yang menggunakan sistem operasi Android 12 terus dari kotak. Ia juga dilengkapi ciri-ciri seperti sokongan untuk Bluetooth 5.1 dan bateri bersaiz 8000mAH bersama-sama dengan pengecasan palam USB-C.

TCL mengatakan bahawa tablet TCL Tab 0S 5G ini juga akan tiba di pasaran Eropah terlebih dahulu pada harga €349 sekitar pertengahan suku kedua tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami