Cari @ Amanz

ThinkPad X1 Extreme, P16s, P14s, T16, T14 Dan T14s Turus Dikemaskini Dengan Cip Baharu

Link Copied!

ThinkPad dengan cip Snapdragon pertama mungkin mendapat perhatian media kerana ia adalah unik tetapi komputer riba lain di bawah panji ThinkPad tidak dilupakan oleh Lenovo di MWC Barcelona. Lenovo ThinkPad X1 Extreme, P16s, P14s, T16, T14 dan T14s kesemuanya dikemaskini dengan cop pemprosesan baharu di acara yang sama.

Lenovo ThinkPad X1 Extreme Gen 5 ialah yang paling mercu dengan skrin 16″ yang diberikan pilihan sehingga resolusi 4K, sesentuh dan sokongan Dolby Vision. Ia dipadankan dengan cip sehingga Intel Core i9 H-series vPro gen-12, GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080 Ti 16GB, memori sehingga 64GB DDR5, storan sehingga 8TB SSD dan bateri 90Whr.

Komputer riba dengan Windows 11 Pro ini turut hadir dengan sokongan 5G dan WiFI 6E. Terdapat pelbagai pilihan I/O termasuk pembaca kad SD, HDMI, USB-A 3.2 Gen 1 dan Thunderbolt 4. Kamera web yang disertakan menyokong resolusi FHD. Keseluruhan tubuh X1 Extreme melepasi piawaian ketenteraan MIL-STD 810H. ThinkPad X1 Extreme Gen 5 akan mula dipasarkan Jun pada harga bermula €2749 (~RM12,890) sebuah.

Lenovo ThinkPad P16s i dan ThinkPad P14s pula adalah komputer riba sama dengan penawaran saiz skrin berbeza. Ditawarkan dengan skrin 16″/14″ dengan Dolby Vision, dijana cip Intel Core i7 P-Series Gen-12, GPU NVIDIA T550, memori sehingga 48GB, storan sehingga 2TB dan bateri sehingga 86Whr.

Terdapat sokongan 4G dan WiFI 6E serta sambungan LAN. Pilihan I/O pula ialah USB-A, USB-C, bicu audio dan HDMI. Kamera adalah sehingga FHD dengan penutup fizikal. Keseluruhan tubuh komputer melepasi piawaian MIL-STD 810H. Lenovo ThinkPad P16s i dan P14s dijual pada harga bermula €1529 (~RM7166) sebuah.

Akhir sekali siri Lenov0 ThinkPad T16, T14 dan T14s ditawarkan dengan skrin 16″/14″ 4K Dolby Vision, pilihan cip Intel Core i7 P-Series Gen-12 atau AMD Ryzen PRO 6000, GPU sehingga NVIDIA RTX 2050, memori sehingga 48GB, storan SSD sehingga 2TB dan bateri sehingga 86Whr.

Bergantung kepada model terdapat sokongan rangkaian 5G Sub-6GHz, WiFi 6E dan LAN. Pilihan I/O adalah HDMI, Thunderbolt 4 (Intel), USB-C (AMD) dan USB-A 3.2 Gen 1. Pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa dan komputer turut melepas piawaian MIL-STD 810H. Harga jualan ketiga-tiga model bermula dari €1399 (~RM6558) sebuah.


Komen ()