Lenovo ThinkBook 14s Yoga Gen 2 Dan ThinkBook 13s Gen 4 i Hadir Dengan Cip Intel Gen-12

Diterbitkan pada Feb 28, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lenovo ThinkBook 14s Yoga Gen 2 dan ThinkBook 13 Gen 4 telah diumumkan juga hari ini sebagai komputer riba kerja yang lebih mampu milik berbanding siri ThinkPad. Lenovo ThinkBook 14s Yoga Gen 2 dilengkapi skrin 14″ FHD sesentuh Dolby Vision, dijana cip Intel Core-i7 Gen-12, memori sehingga 40GB, storan 2TB dan bateri sebesar 60Whr.

Skrin boleh dilipat 360 darjah dan skrin menyokong stylus yang mempunyai tempat simpanan terbina. Kamera web yang digunakan adalah sehingga resolusi FHD. Pilihan I/O adalah HDMI, Thunderbolt 4, USB-C, USB-A, pembaca kad SD dan bicu audio.

Sokongan rangkaian pula adalah WiFi 6E tanpa sebarang sokongan selular. Sistem audio Dolby Stereo turut disertakan. Bagi memastikan ketahanan masa panjang, ThinkBook 14s Yoga Gen 2 melepasi piawaian MIL-STD 810H. Komputer tablet ini dijual pada harga bermula €899 (~RM4219).

Lenovo ThinkBook 13 Gen 4 pula dilengkapi skrin dilengkapi skrin 13.3″ QHD sesentuh, dijana cip Intel Core-i7 Gen-12, memori sehingga 32GB, storan 1TB dan bateri sebesar 56Whr. Skrin walau bagaimanapun tidak boleh dilipat 360 darjah dan kamera web pula sehingga FHD.

Pilihan I/O adalah HDMI, Thunderbolt 4, USB-C, USB-A dan bicu audio. Sokongan rangkaian pula adalah WiFi 6E tanpa sebarang sokongan selular. ThinkBook 13 Gen 4 melepasi piawaian MIL-STD 810H. Komputer ini dijual pula pada harga bermula €749 (~RM3515).

komen


© Amanz / 2022 Kami