Poco hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Poco X4 Pro 5G. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz, selain kamera 108-megapixel bersama dengannya.
Dari segi spesifikasi, Poco X4 Pro 5G hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED, dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 695 yang menyertakan sokongan 5G, memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan sokongan mikro-SD sehingga 1TB.

Untuk rakaman gambar, Poco X4 Pro 5G menyertakan sensor utama 108-megapixel dibelakang yang dilengkapkan bersama sensor 8MP ultra-lebar, dan 2MP makro. Ia menyertakan kamera 16-megapixel pada bahagian hadapan.
Pada bahagian bateri, ia dilengkapi bateri 5000mAh dengan pengecascan 67W. Poco turut menyertakan sokongan kalis percikkan IP53 bersama dengannya.
Ciri seperti bicu audio 3.5mm turut disertakan, selain sokongan IR Blaster. Pada bahagian perisian, ia menyertakan MIUI 13 untuk Poco.
Di Malaysia, Poco X4 Pro 5G ini ditawarkan pada harga bermula RM1199 untuk model 6GB RAM bersama 128GB storan, sementara RM1499 untuk 8GB RAM bersama 256GB storan. Ia boleh didapati secara eksklusif di Shopee.

Bersempena jualan pengenalan pada 3 Mac kelak, Poco Malaysia menawarkan diskaun untuk peranti ini, dan boleh didapati pada harga permulaan masing-masing pada RM1099 dan RM1249.