Realme hari ini turut mengambil pentas utama MWC 2022, sekaligus mengumumkan teknologi pengecacsan terbaharu mereka, yang mampu menyokong pengecasan sehingga 200W.
Realme mengatakan ia adalah terpantas di dunia, dimana teknologi mereka membolehkan pengecasan antara 100W ke 200W.
Teknologi ini turut dioptimasikan untuk mengekalkan 80% kesihatan kapasiti bateri selepas pengecasan lebih 1000 kali. Selain itu, ia turut menyertakan pengoptimasian bagi memastikan suhu sentiasa kekal dibawah 43 darjah.

Peranti pertama yang akan menggunakan teknologi ini adalah Realme GT Neo 3, dimana ia akan hadir dengan pengecasan sehingga 150W melaluinya. Ia sekaligus dijangka menjadikan telefon pintar berkenaan mempunyai sokongan pengecasan paling pantas di dunia.

Ia juga akan membolehkan peranti berkenaan dicas sehingga 50% dalam masa hanya 5 minit sahaja.

Sama-sama kita nantikan pengenalan Realme GT Neo 3 kelak untuk menguji sendiri teknologi pengecasan baharu Realme ini.