Cari @ Amanz

Realme hari ini memperkenalkan dua telefon pintar baharu untuk pasaran global, iaitu Realme GT 2 Pro dan juga Realme GT 2.

Realme GT 2 Pro merupakan telefon mercu yang hadir dengan skrin 6.7-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdrago 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, da storan sehingga 512GB.

Sementara Realme GT 2 pula hadir dengan skrin 6.62-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Kedua-duanya turut hadir dengan antaramuka Realme UI 3.0 berasaskan Android 12.

Menariknya, Realme turut berkongsi mengatakan mereka akan menawarkan sokongan kemaskini sebanyak 3 sistem operasi Android, selain turut menawarkan kemaskini sekuriti selama 4 tahun. Sokongan kemaskini ini terhad untuk siri peranti Realme GT 2 sahaja.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd