Realme hari ini turut memperkenalkan produk dibawah gaya hidup mereka, iaitu sebuah komputer riba generasi baharu, dinamakan Realme Book Prime.
Realme Book Prime hadir dengan skrin pada resolusi 2K, dan dijana dengan cip Intel Core Generasi Ke-11, iaitu Intel Core i5-11320H. Menjadi fokus pada komputer riba ini adalah sokongan penyejuk dwi-kipas, dikatakan ia kekal sejuk untuk tempoh yang lebih lama – selain membolehkan cip pemprosesan berjalan pada kuasa tinggi untuk tempoh lebih lama.
Melengkapkan komputer riba ini adalah memori sehingga 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB SSD.
Ia hadir dengan sistem operasi Windows 11 secara terbina, selain turut menyokong WiFi 6 dan juga port berasaskan Thunderbolt 4. Realme mengatakan ia menawarkan masa penggunaan sehingga 12 jam lamanya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah komputer riba ini akan memasuki pasaran tempatan.