Cari @ Amanz

Realme Buds Air 3 Boleh Bersambung Ke Dua Peranti Pada Waktu Sama

Oleh Aman

Link Copied!

Bersama pengenalan teknologi dan peranti baharu, Realme turut memperkenalkan produk audio mereka yang terbaru, iaitu sebuah fo telinga nirwayar baharu dinamakan Realme Buds Air 3.

Realme Buds Air 3 hadir dengan sokongan pembatalan hingar aktif sehingga 42dB, selain turut hadir dengan sokongan kalis air IPX5.

Menariknya mengenai fon telinga nirwayar ini adalah sokongan Bluetooth 5.2, dan membolehkan ia berhubung ke dua peranti pada waktu sama. Sebagai contoh, anda boleh sambungkan ia ke komputer riba dan telefon – sekaligus memfokuskan pada tugasan pada komputer, dan menjawab panggilan secara automatik tanpa perlu mengubah tetapan.

Realme mengatakan fon telinga ini menawarkan masa penggunaan sehingga 30 jam – bersama pod pengecasannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.


Komen ()