Carian
TSMC, Intel Dan Global Foundries Menghentikan Penghantaran Cip Ke Rusia
February 28, 2022 Effi Saharudin

Sekatan ekonomi mula dikenakan ke atas Rusia selepas ia menyerang Ukraine minggu lalu. Halangan perbankan dan akses aplikasi kini ditambah pula dengan halangan pengimportan cip ke Rusia oleh pembekal utama seperti TSMC, Intel, dan Global Foundries.

Persatuan Industri Semikonduktor yang dianggotai pengeluar cip global turut berkata mereka akan mengikuti arahan sekatan perdagangan yang dikenakan ke atas Rusia. Apa yang berlaku ke atas Rusia sekarang adalah sama seperti yang berlaku kepada Huawei dengan A.S mengharamkan cip dengan teknologi tempatan dieksport.

Halangan dilihat tidak akan dapat meringankan isu bekalan cip global kerana Rusia hanya menyumbang kepada 0.1% pembelian cip global.

Sumber Washington Post

Komen