Instagram Menamatkan Sokongan Aplikasi Berasingan Untuk IGTV

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram hari ini berkongsi beberapa kemaskini berkaitan sokongan video pada platform mereka, dan pada masa yang sama turut mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk aplikasi IGTV berasingan yang sedia ditawarkan sebelum ini.

Sebaliknya, Instagram akan memfokuskan kepada aplikasi utama mereka, dan masih mengekalkan ciri IGTV pada aplikasi utama.

Instagram IGTV

IGTV sedia diperkenalkan sebelum ini dengan kebolehan berkongsi video lebih panjang. Namun, ramai pengguna masih kekal menggunakan aplikasi utama – apabila integrasi IGTV terus pada aplikasi utama.

Dengan lebih fokus terhadap Reels, kini aplikasi IGTV juga dilihat tidak mempunyai sebarang keperluan oleh Instagram, sekaligus menamatkan sokongan untuknya.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah menggunakan aplikasi berasingan IGTV? Atau sekadar menonton IGTV terus melalui aplikasi utama Instagram.

komen


© Amanz / 2022 Kami