Cari @ Amanz

Di MWC Barcelona lewat malam tadi, Qualcomm telah melancarkan modem Snapdragon X70 yang menurut mereka adalah modem 5G pertama yang dilengkapi kecerdasan buatan. Menerusi Snapdragon X70 kelajuan 5G mmWave dan Sub-6Ghz yang lebih pantas, masa pendam lebih rendah, serta penggunaan bateri yang lebih baik dapat dinikmati.

Tambah Qualcomm lagi Snapdragon X70 menyokong rangkaian di dalam jalur frekuensi 600MHz ke 41GHz dengan kelajuan muat turun Internet mencecah 10Gbps dan muat naik pula mencecah 3Gbps. Modem akan dikeluarkan untuk pelanggan pada suku kedua 2022 dengan peranti pertama menggunakannya hadir pada penghujung tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd